>

Tips Memilih Nama Domain Untuk Blog

Jan 08, 11 Tips Memilih Nama Domain Untuk Blog
No Gravatar

Nama domain ataupun domain name merupakan sebuah identiti yang unik merujuk kepada blog kita. Ianya unik, hanya ada satu dan tidak ada blog lain yang boleh menggunakan nama domain tersebut. Jadi, pemilihan nama atau perkataan sangat penting bagi sesebuah nama domain. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai tips yang saya gunakan semasa memilih nama domain untuk blog-blog saya.

1. Trademark
Dalam proses pemilihan nama domain, perkara yang paling penting yang perlu diambil berat adalah trademark. Saya pernah memilih sebuah nama domain yang mempunyai perkataan yang telah di-trademark-kan dan berhajat untuk mendaftarkan nama domain tersebut. Tetapi sebelum itu, saya sempat menghantar email pada empunya trademarkdan meminta pengesahan bolehkah saya menggunakan perkataan tersebut di dalam nama domain. Seperti yang saya jangka, mereka tidak membenarkan penggunaan perkataan tersebut dan meminta saya untuk menggunakan perkataan yang lain. Mahu atau tidak, saya terpaksa melepaskan nama domain itu dengan penuh kecewa. Tetapi ianya lebih baik daripada saya kena saman berjuta-juta hanya disebabkan menggunakan perkataan yang telah di-tradermark-kan.

.

2. Ringkas

Kalau boleh, cuba gunakan perkataan-perkataan yang ringkas untuk nama domain anda. Jangan memilih nama domain yang sangat panjang yang terdiri daripada beberapa perkataan sehinggakan sukar untuk pelawat mengingatinya. Mencukupi sekiranya nama domain tersebut terdiri daripada satu atau dua patah perkataan. Lebih menarik kalau nama domain itu berkaitan dengan niche blog anda.

.

3. SEO (Search Engine Optimization)

Salah satu cara untuk mendapatkan tarikan trafik yang tinggi adalah memilih perkataan yang search engine friendly. Gunakan perkataan-perkataan yang melambangkan identiti blog anda tanpa perlu ada simbol-simbol ataupun nombor. Cara ini dapat memudahkan pelawat menjumpai blog anda di dalam search engine. Jangan memilih perkataan-perkataan yang kompleks seperti www.extr3meblogger.com ataupun www.4castexchange.com.

.

4. Kamus

Selain daripada itu, saya banyak merujuk pada kamus bagi mendapatkan perkataan-perkataan yang sesuai. Selain daripada bagus untuk SEO, ia juga memudahkan pelawat untuk menaip di search engine. Cuba dapatkan perkataan-perkataan yang menarik dalam kamus dan gunakan ia sebagai nama domain blog anda. Setakat ini, saya sudah mempunyai empat buah nama domain yang dipilih daripada kamus.

.

8. dot COM, dot NET
Tips yang terakhir lebih berbentuk kepada pendapat peribadi. Dalam pendaftaran untuk nama domain blog, saya hanya menggunakan .com ataupun .net. Untuk .com, saya gunakan untuk blog yang berbentuk informasi dan formal. Bagi blog yang bersifat santai dan peribadi, saya lebih gemar menggunakan .net. Tiada apa yang istimewa di antara .com mahupun .net. Ianya terpulang kepada diri anda untuk memilih mana yang terbaik.

.

Dengan memilih nama domain yang terbaik akan memberikan impak yang lebih kepada blog anda. Diharapkan dengan adanya tips-tips yang dikongsikan di sini dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea dalam pemilihan nama domain.Sekiranya anda sudah mempunyai nama domain di dalam kepala, jangan berlengah lagi. Segera ke laman web domain provider dan daftarkan nama domain tersebut secepat mungkin. Jangan terlambat kerana mungkin anda akan kehilangan nama domain itu untuk selama-lamanya. Semoga berjaya! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Number of View :5867

" alt="468 ad" class="foursixeight" />

4 Comments

  1. izin meng copy tuk di kirem ke rekan..

  2. mksih bos atas share ilmunya

  3. tips sangat berguna.saya dalam usaha utk memilik domain sendiri.kalau imfourstring.com ok tak?

Leave a Reply

This site is using OpenAvatar based on
Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.
Content and site protected by Cloudsafe365